sayangi ayah anda..keh33

Saturday, April 10, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalammualaikum ayah,

Ayah, maafkan "?"
Ayah ingat lagi tak..??
Arini umur ayah genap 54 tahun
huh..pejam celik, pejam celik dah 47 hari ayah tinggalkan kami
cepat sungguh masa berlalu kan ayah..??
rasanya macam baru semalam kita duduk bergelak-gelak dengan ayah

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
besday ayah tahun lepas 27 march 2009
kita buat surprise untuk ayah
kita pakat dengan umi, kita suruh umi ajak ayah pergi beli barang
umi asyik call je tanya dah siap ke belum sebab umi tak tahu dah nak beli ape..
bila ayah dah sampai, bila ayah dah ambil tempat dimeja makan, "?" tutup suis lampu..
kononnya blackout..lepas tu k/yana dan adik-adik nyanyi lagu besday sambil bawa kek..api lilin tu asyik padam je sebab kene tiup dek angin..kelakarkan ayah..kita bagi ayah ros merah & t-shirt colar..
tapi..rupanya itulah kali terakhir kita sambut besday ayah

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
besday umi tahun lepas 11 april 2009
seperti kebiasaannya, kami sedaya upaya buat surprise walaupon kadang-kadang tak menjadi
tapi aritu "?" buat hal..ayah tak suke abik gambar..jarang sangat kt abik gmbr bersama..
asyik kene abik curi-curi je..
"?" merajuk dengan ayah sebab ayah tak nak abik gambar sekali aritu
"?" naik atas.."?" hempas pintu.."?" tumbuk dinding
bende kecik je sebenarnya.."?" memang tak matang
"?" tahu ayah dah masak dengan perangai "?" kalau tengah marah atau merajuk
memang xde modal lain..msk bilik, hempas pintu, tumbuk dinding..
ayah panggil "?" tapi "?" buat tak dengar..
slalu kalau "?" merajuk mesti ayah pujuk "?"..ayah ketuk pintu..bg nasihat sikit..
mesti semua sedih ngan sikap "?" masa tu
tp "?" ngajok kejap je.."?" rase bersalah + menyesal..pastu "?" turun..pastu kita hapy2 balik
"?" menyesal..
tapi tu dulu ayah..

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
duit "?" simpan dalam buku hilang..
"?" pon tak tahu hilang kat mane..
"?" cari sampai nangis..bila dah giveup, tangan "?" nie mula la gatal nak tumbuk sumthing
ayah dengar..ayah datang tanye kenapa..masa tu ayah sakit
"?" cite sambil nangis-nagis..ayah kata bukan rezki "?" la tu
tp ayah.."?" tak kesah duit kat tempat lain hilang..tapi "?" memang kisah duit dalam sampul yang "?" selit kat buku tu hilang sebab setiap kali "?" dapat gaji..sebelum "?" sentuh duit tu.."?" mesti simpan rm50 dalam sampul..
silap "?" jugak..buku tu "?" bawak pergi merata-rata
"?" tak hempas pintu sebab tu memang salah "?"
tapi "?" tak marah org lain kalau tu salah "?" sendiri.."?" marah diri "?" sebab letak merata
lama-lama "?" pon ok..thanks ayah
tp tu semua dulu..
sejak bila "?" pon tak tahu.."?" dah lame tak merajuk + marah.."?" tak suke marah-marah dah
sekarang ayah dah xde..kalau "?" merajuk pon ayah xde nak pujuk "?"

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
ayah slalu marah "?" pakai selipar "?" tu
ayah cakap nampak macam lelaki..
banyak dah cara ayah buat..ayah bagi "?" duit suruh beli selipar yang nampak lebih perempuan....
"?" abik duit tu.."?" pergi beli selipar baru dengan ayah
tp tetap tak berjaya untuk buat "?" tinggalkan selipar tu
banyak alasan "?" bagi..antaranya klu hujan senang nak lari
sampai sekarang, "?" masih pakai selipar tu..panjang riwayat hidup dia ayah
dah 3 tahun "?" pakai..sejak "?" masih blaja hinggalah skrg "?" dah keje..dia masih dalam keadaan baik
baru-baru nie pon ayah ade sebut..
insyaAllah..demi ayah.."?" akan tukar selipar baru tp nanti la ye ayah..
bila "?" dah bersedia ok..ayah jangan marah ye

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
puasa tahun lepas..yang tiba-tiba "?" jadi pendiam dalam tempoh almost 2 weeks..
"?" sebenarny tak tahu kenapa..tapi "?" malas nak bercakap..
seme tanye "?" kenapa..bila "?" cakap "?" ok seme tak percaya
yar cakap kat umi "?" masuk tabligh..
kelakar pon ade..
aritu mase balik keje..umi tanye "?" kenapa "?" diam je..
"?" cakap "?" xde masalah..betol..memang xde masalah
cuma malas nak bcakap je.."?" tak tipu..
umi cakap kat "?" ayah risau..maafkan "?" ayah
malam tu..masa kita berbuke puasa..ayah tanye "?" nape xnak bercakap..
"?" cume geleng kepala je..
ayah cakap kalau ade masalah cakap la..
"?" pon tak tahu ape masalah sebenarnya
sampai satu tahap..mungkin ayah dah letih dengan sikap "?" yang x nak bercakap
ayah marah "?".."?" nangis dimeja makan masa berbuke puasa aritu..
ayah cakap..ayah risau je bila "?" x nak bercakap
lepas tu.."?" mule bercakap balik..ayah tak risau lagi dah

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
raye tahun lepas kita raye kat rumah kita buat julung kalinya..last minit kita batal untuk blk serdang
slalu kita balik kg tapi raye tahun lepas dorang nak sambt raye kat rumah kita tapi disebab nie last min punye plan, dorang datang raye ke dua..
mase tu ayah memang sakit..tapi ayah kuat..kalau org tengok mesti tak sangka ayah sakit
sebab ayah seorang yang kuat..ayah "?" kuat
memang tak disangka..mungkin Tuhan nak bagi ayah rase raye kat rumah sendiri
raye tahun lepas merupakan raye terakhir kami ngan ayah
buat pertama kali kita beraya di kuantan dan buat terakhir kali kami beraye dengan ayah

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
kita pergi terengganu hantar kakyana pegi kursus GEMS pd 17 okt 2009..
walaupun masa tu ayah tak larat bawak keta..ayah gagah jugak demi anak ayah..
kita beli jagung kat tepi jalan..sedap..m"?"..
kita benti makan..ayah x oder makan sebab ayah xde selera..
"?" share mee sup "?" ngan ayah..ayah makan sesuap dua je..
ayah selit bantal bawah lengan sebab dada ayah sakit..
"?" buat pelik.."?" abik air nescafe ayah dengan strow masukkan dlm air teh oo ais "?" erkkk..x sedap.."?" x suke nescafe tp hari tu ntah kenapa gatal je nak kacau air ayah
ayah memang kuat

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
mengikut rancangan awal..kita akan balik kelate raye haji sebab bulan 12 patotnya ayah kene g husm utk rawatan tp sebab ubat tak sampai so kene la tangguh dlu..
alik2 kita cancel balik kelate..orang kelate suke sangat bila tahu kita nak balik raye haji kat kelate tp tu la..cancel last min
dan akhirnya ayah x sempat balik kelate

ayah, maafkan anis
ayah ingat lagi tak..??
maal hijrah aritu 19 dis 2009 mok aka nenek "?", ayah noo & family datang kuantan
mase dorg nak balik pd 23 dis 2009 tu..ayah peluk mok..ayah mintak ampun ngan mok..ayah hug mok..ayah kiss mok
seme sebak..dalam hati "?" memang terdetik..adakah nie kali terakhir ayah jumpe mok..??
betol sangkaan "?"..mmg itulah kali terakhir ayah jumpe mok..
saat-saat terakhir mok dan ayah..

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
sejak 1st sept 2009, ayahlah yang anta dan abik "?" keje sbb "?" x berani bawak keta masuk bandar..bandar busy sangat-sangat..
kalau sempat dengan umi..umi yang abik "?"..kadang-kadang "?" naik bas tp waktu balik memang ada yang abik
sampai satu masa ayah cakap ayah dah tak larat nak abik "?"..ayah xleh nak drive..ayah sakit
"?" kesian ngan ayah.."?" beranikan diri..so lepas tu..kalau ayah abik "?".."?" yang akan bawak keta..ayh duk sebelah "?"..
"?" slalu bagi alasan..sakit perut la..ape la..
petang weekend ayah slalu ajak "?" keluar..nak bagi "?" mahir tp macam biasa, "?" ade 1001 alasan utk mengelak dan setiap kali "?" bagi alasan ayah mesti marah tapi "?" suke..
"?" tengok ayah betol-betol dah tak larat..
alhamdulillah..lame-lame "?" dah biasa.."?" dah confident..sbb ayah
sekarang "?" boleh pergi mane-mane pon "?" suke

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
ayah beli keta untuk "?"..time kasih ayah & umie
ayah cari aksoseri untuk keta "?"..
nampak gaya ayah yang lebih sayang keta tu daripada "?"
ayah ckp ayah nak letak spoiler kat keta tu tapi ayah tak sempat sebab ayah sakit
xpe..nti klu "?" ade duit "?" buat ye ayah

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
31st disember 2009 ayah ade appoinment dengan Dr Eng..ayah dan semua keluar pergi hospital..
yang pastinya masa ayah pergi hospital "?" tengah berkerja..
tapi ayah tak tahu apa yang terjadi hari tu sebenarnya..
bukan niat "?" nak sorok tapi umi cakap jangan bagitau ayah takot ayah risau dan "?" sendiri pon takot nak cakap kat ayah..tapi hari nie "?" nk ckp jugak.."?" x nak sorok dah
aritu sebenarny keta "?" kene langgar.."?" janji lunch ngan kawan aritu, kononny nk jumpe kejap sebab dia dah nak balik U, lagipon esokan kan tahun baru..
bila "?" tengok pintu kemek, "?" call kak yana tapi b4 dat "?" dah tanye kak yana ayah ade kat situ x..just say ada or xde..kak yana ckp ayh ade..so "?" ckp nti "?" call blk
pastu kak yana call "?".."?" ckp jgn tkejut..
kyana dtg tengok..dia ckp xpe boleh ketok.."?" lega sangat
ayah memang xkan tahu kalau orang tak cakap sebab kehidupan ayah sejak sakit hanya dalam bilik ayah

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
kak yana kene pegi kulim 1st jan 2010 sebab dia start keje 3rd jan..
sejak kak yana pegi kulim ayah asyik call je suruh kak yana balik..boleh kate tiap-tiap hari
ayah pon call abe suruh balik tapi abe ade kelas..dia tak boleh balik
tanpa kami sedari, rupenye 1st jan tu merupakan hari ke 40 sebelum ayah tinggalkan kami

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
ayah slalu tanye adik samada "?" dah balik atau belom..adik yang cakap kat "?" ayah..
kalau "?" balik lewat mesti ayah tanya adik nape "?" x balik lagi.."?" ade keje ayah.."?" ade anta msg kat umi cakap balik lambat sikit..
bila "?" balik.."?" x pergi terus jumpe ayah.."?" rehat kejap..pergi bersih diri..pas magrib baru "?" tengok ayah.."?" bukan anak yang baik
aritu adik cakap kat "?", ayah tanye dia "kak "?" dah balik blom", adik ckp "dah", ayah ckp "kak "?" x datang tengok ayah pon" (dlm longat kelate).."?" bukan anak yang baik
patotnya "?" sampai je rumah terus pergi jumpe ayah..tp "?" x buat mcm tu..sedangkan ape la susah sgt..
sejak dari tu.."?" terus pergi tengok ayah bila smpi je rumah..tp kadang2 "?" masuk ayah tengah tido.."?" xnk kacau sebab "?" tahu ayah susah nk tido..
bila "?" dah kuar bilik, baru ayah bangun balik..dan masa tu lah ayah tanye lagi.."kak "?" dah balik blom", adik ckp "dah", ayah ckp "kak "?" x datang tengok ayah pon"..ayah x nampak "?" sebab tu ayah ingat "?" x tengok ayah..

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
slalu pukul 5pg ayah call "?" suruh buat susu..ayah tak larat nak bangun sbb tu ayah call
ayh xnk kacau umi..kadang2 liat jugak "?" nk bagun..owh..bukan kadang2..tp slalu..tp "?" bangun jugak cume liat skit je tp "?" x kisah sbb memang tu waktu ayah utk minum susu..ayh dah kurus..ayh xde tenaga..ayh x makan nasi..ayh kene minum susu..
"?" ingat lagi, ayah nangis mintak maaf sebab kene kejut "?"..ayah ckp "ayah sebenarny xnk kejut "?" tp ayah lapar"..
dah byk kali ayh suruh "?" tido bilik ayah..tp "?" xnk.."?" xnk sbb "?" kene wat keje.."?" takot cahya computer ganggu ayah..
tapi sekarang dah lain, dah xde orang nak call "?" pukul 5pg..
"?" rindu ayah

ayah, maafkan "?"
ayah ingat lagi tak..??
sebelum "?" pegi keje ayah mesti mintak susu..
"?" teman ayah minum susu kejap..pastu ayh tgk muke ayah kat cermin sebelum baring utk tdo balik..
muke ayah gelupas sbb makan ubat..ayah suke kutil sampai kuar darah
adik nasihat ayah tp ayah ckp ayah x tahan sakit..
ayah penah tanye "?" ""?" x takot ke tgk muke ayah" "?" jwb "x" sedangkan "?" tahu ayah tahu yang "?" agak takot.."?" bukan anak yang baik
tp skrg ayah..lepas siap kemas barang, "?" terus pegi keje..
rumah nie kosong tanpa ayah

12 barisan di akhirat

Saturday, March 6, 2010


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”

Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris
(Surah al-Naba’)

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.”

Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."



BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

Kembara Ilmu

Friday, March 5, 2010


Kembara ilmu selaut cahaya
Milik tuhan tiada bertepi
Diselam tak jejak ke dasar
Ditimba tak luak setitis

Kembara misi lembah nurani
Menakung titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang
Jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun

Noda di hati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah di dalam pelayaran
Hanyut tiada pedoman
Akhirnya karam dalam kegagalan

bersukan sihatkan badan!

Wednesday, March 3, 2010

warna warni baju...bak kate pepatah dlm blog izzat "win is nothing,ukhuwwah is everything"
ustaz azman bagi pengumuman mase penyampaian hadiah
mase nk balik....mase ni takde gi org tersengguk,tapi tak lame lepas tuh,sumenye bagaikan dh diulit mimpi yg indah
umah biru bersiap sedia untuk perbarisan
go,chaiyok!pergh!lari macam mende jew
untuk larian 1500 meter bagi banat,huh!terror ah sape yg masok nih.banat pown ramai yg form 1 yg jadi wakil kumpulan sukan...fullamak!cayalah.....bak kate balqis,wa pattai loe!mende maksud ahu
ni hah!budak batch 10 masok 1500!hehe,sape tak kenal budak dlm gmbr nih....
ni sowg gih,tak macam penat pown muke,tapi nk bangga gak arh,batch 10 jugak yg mewakilkan diri untuk larian 1500 m....chaiyok!good job,batch 10!!!

r3s!p1 k37ay4an....

Friday, February 19, 2010



RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:

1.Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2.Sebuah ketekunan
3.3 mangkuk kerajinan
4.4 hiris keinsafan
5.5 keping kasih sayang
6.Beberapa potong kasih
7.Segenggam harapan
8.1/3 cawan air mata keinsafan
9.Semangkuk azam
10.Sekuntum A untuk hiasan

Cara membuatnya:

1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 lit3r pati usaha. 4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.
5.Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7.Tambahkan sedikit kerajinan.
8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:
1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3.Hiasilah dengan seyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

Selamat menjamah :)

Pesanan Editor: Bulan Syawal bulan kemenangan, setelah sebulan menahan nafsu, dan kini bermulalah medan bertempur hasil latihan di bulan Ramadhan. Ayuh sahabat semua, sama-sama berusaha untuk berjaya di dunia, dan akhirat terutamanya.

jom kite rehlah!

Sunday, February 14, 2010

eh,terlupe se gi kumpulan...kumpulan merah,name dia kalau tak silap syed qutub,kalau salah,tolong perbetul kan smule
pusing pusing ayam tuh!yg tu dh hangit dh..haha


wow!tekunnya kakak kakak kumpulan biru buat WAU!
amboi,muallimah..sedapnye makan,taknak ajak kitorg ke?
tu je bahan bahan untuk makanan tengahari kitorg mase hari tuh..tapi disebbkan terlalu lapar,makan pape pown,sedap blake...
ayam yg ajalnya belom datang.dan tidak lame kemudian,pisau yg tajam menhiris urat urat tengkoknye yg membuatkan nyawanya berakhir dlm mase beberape minit sahaje...huhu,sedeh sedeh

selepas sembelih ngan,bersihkan ayam tuh,tibelah masenye untk ayam tuh diBBQkan.haha
bismillahirrahmanirrahmanirrahim..
alaa buchuk buchuk..hikhik
time to slippery the chicken!
yg nih,kumpulan omar mokhtar
ni plak kumpulan sheikh ahmad yassin
banat kumpulan hassan al-banna


Ibu Bapa

Monday, February 8, 2010

sume org mesti ade mak ngan ayah..tapi sume org mesti penah buat salah ngan ibu bape.penah ke kite terfikir perasaan diorg?takkan diorg je nk fikir pasal perasaan kite.ishk33.hargailah nikmat ibu bapa yg Allah bagi ke kite..kite kene peringat sokmo..yg Ibu Bapa kite tu cume bersifat sementara...ni ade satu cite tntg ibu bape...selamat membaca dana ambil lah pengajaran daripada cite nih sebagai iktibar.ni karangan sendiri oleh seorg anak yg amat rase bersalah....dan insaf.tetapi setelah mak ngan ayah dia meninggal dunia.........


Aku merenung ke luar tingkap. Hujan di luar seperti hujan di hatiku. Sedih, duka bercampur menjadi satu. Manik-manik jernih mulai turun membasahi pipi. " Mama..abah, maafkan akak," bisikku sendiri. Tragedi 13 tahun lalu, ku sematkan sebaik mungkin di dalam hati ini. Biarlah aku menanggung kesepian ini sendiri. Semua ini salahku..andai aku tidak memulakan episod itu, pasti ia takkan berlaku...

* * * * *

13 tahun yang lalu.. " Akak, mari makan sayang. Makanan dah siap ni. Kalau sudah sejuk, tak sedap pula," laung mama dari luar kamarku.

Aku tersenyum girang. Itulah yang ku tunggu selama ini. Makanan yang sudah siap terhidang untukku dan keluarga. Sejam aku menghadap buku-buku, akhirnya tiba juga waktu rehat.

" Ye, mama. Akak datang nanti," suara lapan tahunku bernada riang.

Ketika aku melangkah ke ruang dapur, aku terdengar adikku bersorak gembira. Aku semakin hairan,

" Nak makan pun gembira sangat," ujarku kasar. Terdiam adik melihat reaksi aku. Kemudian dia berlari mendapatkan mama yang sedang mengandung.

"Mama masak apa hari ni?," soalku kepada mama lalu membuka tudung saji.

Mama hanya tersenyum." Mama masak laksa hari ni. Hari ini kan ulang tahun kelahiran adik..jadi mama masaklah makanan kegemaran dia," ucap mama sambil mengusap rambut adik dengan penuh kasih sayang.

"Mama, akak kan tak suka laksa. Kenapa mama masak makanan ni? Mama ni, macam tak faham akak kan? ," tiba-tiba, tanpa ku sedari kata-kata itu terucap dibibirku.

"Akak..ni, berkiralah. Setakat laksa, apa salahnya. Jangan cerewet sangat boleh tak?," marah adikku. Hatiku semakin panas mendengar kata-kata adik.

"Akak peduli apa? Akak nak juga makanan lain," keras kataku lalu aku cepat-cepat melangkah dari situ.

Mama dan adik terpinga-pinga melihatku begitu. Mama hanya mampu menggeleng, begitu sedih hatinya melihat anak yang dikandung 9 bulan lebih memilih makanan dari penat lelahnya.

-------------------------------------------------------

Aku mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja. Cepat saja jari-jemariku mendail nombor itu. Tet, tet. Tet, tet..
MyEm0.Com


"Assalammualaikum, ni siapa?," soal suara ditalian.

"Abah, ni kakak," pantas saja aku menjawab. Tidak sabar menyatakan hasrat dihati.

"Ye, kak? Kakak nak apa telefon abah ni?," tanya abah lembut.

"Abah, akak lapar ni. Abah belikan makanan ye?," pujukku dengan nada minta dikasihani.

"Mama tak masak ke?," tanya abah kembali.

"Masak, tapi tak sedap. Akak tak sukalah makan laksa. Akak bukannya adik," jelasku dengan kasar.

"Ah..jangan nak mengada. Mama dah masak tu, makan sajalah. Kesian tau kalau akak tak makan apa yang mama dah masak. Kecil hati mama nanti," pujuk abah untuk menenangkanku.

"Abah ni..sama dengan mama. Langsung tak faham kehendak kakak!" aku terus mematikan talian dengan perasaan bengang.

"Sama je semua orang. Asyik fikir kehendak sendiri, kehendak aku siapa nak fikir? Tapi aku laparlah, kalau gastrik, susah ni," hatiku berbicara sendiri. Di saat itu, aku lebih memilih untuk mengunci pintu dan tidak mahu makan sehingga kehendakku ditunaikan. Sakit hati rasanya bila kehendak hati tidak ditunaikan.

-------------------------------------------------------

"Abang, macam mana ni? Akak tak makan lagi ni. Dia tak keluar dari bilik langsung. Abang, saya takutlah dia pengsan ke, gastrik ke," mama menunjukkan rasa risaunya kepada abah.

"Hish, awak ni. Tak ada apalah. Dia cuma merajuk je tu. Budak kecil memang macam tu," abah cuba memujuk mama walaupun abah sendiri khuatir dengan keadaan aku.

"Abang, apa kata kita pujuk dia lepas tu bawa dia pergi fast food. Jomlah bang," pujuk mama kembali. Abah hanya menggeleng.

"Iyalah..kita pujuk dia sama-sama, lepas tu bawa dia pergi fast food, okey?," akhirnya abah mengalah juga.

-------------------------------------------------------

Aku menguntum senyuman apabila berdiri di dalam restoran terkenal itu. Berjaya juga helahku.

"Akak nak beli apa?," tanya abah lembut. Aku lantas menyembunyikan senyumanku itu. Takut disedari oleh abah.

"Akak nak beli ayam goreng..lepas tu kentang putar , ehmm..apalagi ye? Haa..akak nak beli aiskrim coklat dengan chesee burger," pintaku tanpa memperdulikan abah.

Bagiku yang penting, apa yang ku hajati tercapai. Apalagi adik tidak ada untuk menggangguku. Sebelum pergi tadi, aku memujuk mama supaya meninggalkan adik di rumah untuk dijaga oleh nenek kerana adik sedang tidur. Abah dan mama saling berpandangan, akhirnya abah mengangguk tanda setuju.

-------------------------------------------------------

"Akak dah puas hati?," tanya abah setelah kami sekeluarga berada di dalam kereta.

"Sebenarnya, akak nak beli lagi..tapi cukuplah ni je," kataku acuh tak acuh.

Langsung tidak ada sedikit pun ucapan terima kasih yang meniti dibibirku. Mama terdiam. Dia tidak tahu ingin berkata apalagi.

"Abang, nanti singgah kedai bunga tu ye. Saya nak beli baja sikit," kata mama setelah abah menghidupkan enjin kereta.

"Okey..nanti.." belum sempat pun abah menghabiskan ayatnya aku mencelah.

"Tak boleh, akak dah lapar ni. Nanti gastrik siapa susah. Ma, kita pergi lain kali ye?." Mama tersentak mendengar kata-kata aku.

"Ye lah, kita tak payah pergi kedai tu. Kita terus balik rumah," balas mama.

Dia tidak mahu aku merajuk seperti tadi, kerana kasih sayangnya dia sanggup mengetepikan kehendak dirinya demi aku. Aku mengukir senyuman paling manis di dunia. Tidak sabar rasanya ingin ku nikmati kelazatan fast food ini. Hanya kerana fast food, aku sanggup mengecewakan hati mama.

"Abah, pinjam telefon bimbit boleh tak? Akak bosanlah. Akak nak main game," pujuk aku.

"Nah..." Tiba-tiba telefon itu jatuh dari tangan abah.

"Abah, telefon tu jatuhlah kat bawah kaki abah," ucapku dengan harapan abah mengambilnya. Abah hanya mendiamkan diri tanpa memberi respon.

"Abah..cepatlah. Akak nak main game ni," marahku kepada abah.

"Abah sedang memandu kereta, bahayalah sayang. Akak main dekat rumah ye," pujuk mama.

"Akak nak main sekarang!," aku membentak.

Abah membongkokkan sedikit badannya untuk mencapai telefon bimbit yang berada dikakinya.

"Susahlah," kata abah.

"Abang, tak payahlah. Jangan dilayan sangat akak ni," kata mama apabila melihat abah sedaya upaya abah cuba mendapatkannya Aku memuncungkan bibir apabila mama berkata begitu.

"Tak apelah, akak merajuk lagi nanti, " balas abah pula.

Tiba-tiba.... " TON!! TON!!!"

" Abang, ada lori depan tu!!!!," jerit mama apabila melihat sebuah lori kontena dari arah bertentangan sedang membelok ke simpang di hadapan kereta abah. Tapi semuanya sudah terlambat, abah tidak sempat menekan brek kereta.

* * * * *

"Akak, kenapa menangis ni?." kehadiran adik membuatkan aku tersedar daripada lamunan.

"Adik..," ucapku perlahan. Adik menyapu perlahan air mata yang mengalir dipipiku ini.

"Akak teringat arwah mama dengan abah ke?," duga adik. Aku mengangguk perlahan.

"Akak, sabarlah. Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Tiada siapa yang bersalah dan tiada siapa yang dipersalahkan. ALLAH sayangkan mereka. Mungkin dengan pemergian mereka kita lebih pandai berdikari dan lebih pandai menghargai seseorang itu selagi dia masih ada di dunia ini." Air mataku mengalir lebih deras tanda terharu mendengar kata-kata adik.

Adik yang dulu aku jauhi, kini dialah yang memberikanku semangat agar aku terus kuat berdiri tabah mengharungi dugaan hidup.

"Akak, kita doakan agar arwah abah dengan mama tenang di sana ye?," pinta adik.

"Amin," aminku di dalam hati. Abah, mama. Akak minta maaf di atas segala kesalahan akak pada abah dan mama. Akak tidak mampu mengubah segalanya. Kalau akak tahu apa yang bakal terjadi, akak tidak akan berbuat begitu sama sekali. Tetapi, siapalah akak. Akak berdoa supaya Maha Esa menempatkan abah dan mama ditempat hamba-Nya yang beriman. Amin.

flight ke akhirat

Saturday, January 30, 2010

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan


1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas


Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

muallimah seposen

Friday, January 29, 2010

haha,nampaknye permintaan untuk postkan tntg muallimah seposen semakin ramai,oleh itu,skarang,kitorg nk post kan tntg muallimah seposen..
cani sebenarnye,ade seorg muallimah ni,nama dia muallimah norihan tapi lebih dikenali sebagai muallimah an,dia ni,sume denda dia,dia suruh bayar seposen..tu rr best nye,datang lambat ke,tak bawa buku ke,atau cakap cakap mase dia mengajar ke,atau ape ape laa lagi kesalahan,sumenye denda seposen..prinsip dia,"NO MONEY NO TALK!"hehe..suke lok rase ye ngajor..best..

tapi,rase rasenye skrang nih,bukan stakat muallimah tu sorg je yg bagi denda guna sen,tapi satu sekolah,denda tak bawa handkerchief,10 posen,kalau mase hari kene cakap bahase inggeris,kalau tak ckp dlm BI,satu perkataan,20 sen..haha,k laa,tu je kowt nk cite pasal sen sen nih,,hehe

ahli ahli batch 10


tapi ni sume nye mase 2009,yg 2010,gmbr dia akan datang.hehe

ni laa banat banat batch 10 alamin kemaman











ni lah banin banin generation 10 skolah alamin kemaman..enjoy all of the photos



pengenalan blog

Tuesday, January 26, 2010

assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh..untuk permulaan blog nih,nk cite cane blog nih boleh wujud,hikhik

gini,sebenarnye batch 10 dh ade blog,www.littlejeehadofbatch10.blogspot.com
tapi,yg kesiannye,mase nk update ari tuh,takleh nk sign in..ramai dh cube sign in,tapi takleh..
jadi,kitorg pon decide nk buat blog baru..jadi ni laa blog batch kami yg baru

kami akan selitkan kisah batch kami,kenangan2 manis kitorg,dan macam2 lagi yg berkenaan dgn batch kitorg....harap terhibur

chaiyok,batch10!