Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi
Maklumat tentang perjalanan
Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah
Syarat-syarat perjalanan
Di tuju kepada semua penumpang.
Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.
Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
Barang yang di benarkan
1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :
• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat
Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.
Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.
Saat dan waktu berlepas
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.
Diulang...
Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.
Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:
flight ke akhirat
Saturday, January 30, 2010
Posted by batch10 smiaak at 7:45 AM 0 comments
muallimah seposen
Friday, January 29, 2010
haha,nampaknye permintaan untuk postkan tntg muallimah seposen semakin ramai,oleh itu,skarang,kitorg nk post kan tntg muallimah seposen..
cani sebenarnye,ade seorg muallimah ni,nama dia muallimah norihan tapi lebih dikenali sebagai muallimah an,dia ni,sume denda dia,dia suruh bayar seposen..tu rr best nye,datang lambat ke,tak bawa buku ke,atau cakap cakap mase dia mengajar ke,atau ape ape laa lagi kesalahan,sumenye denda seposen..prinsip dia,"NO MONEY NO TALK!"hehe..suke lok rase ye ngajor..best..
tapi,rase rasenye skrang nih,bukan stakat muallimah tu sorg je yg bagi denda guna sen,tapi satu sekolah,denda tak bawa handkerchief,10 posen,kalau mase hari kene cakap bahase inggeris,kalau tak ckp dlm BI,satu perkataan,20 sen..haha,k laa,tu je kowt nk cite pasal sen sen nih,,hehe
Posted by batch10 smiaak at 5:07 AM 0 comments
Posted by batch10 smiaak at 2:48 AM 0 comments
pengenalan blog
Tuesday, January 26, 2010
assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh..untuk permulaan blog nih,nk cite cane blog nih boleh wujud,hikhik
gini,sebenarnye batch 10 dh ade blog,www.littlejeehadofbatch10.blogspot.com
tapi,yg kesiannye,mase nk update ari tuh,takleh nk sign in..ramai dh cube sign in,tapi takleh..
jadi,kitorg pon decide nk buat blog baru..jadi ni laa blog batch kami yg baru
kami akan selitkan kisah batch kami,kenangan2 manis kitorg,dan macam2 lagi yg berkenaan dgn batch kitorg....harap terhibur
Posted by batch10 smiaak at 4:56 AM 0 comments